Mengapa Wanita Hamil Perlu Bersenam?
Seringkali kita dengar wanita hamil tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja yang berat dan lasak. Apatahlagi jika kandungan itu bermasalah, doktor menasihatkan supaya banyak berehat. Adakah senaman sewaktu hamil dikategorikan sebagai melakukan kerja berat?
Semasa hamil bukanlah alasan untuk tidak bersenam. Sebenarnya walau ketika mengandung sekalipun anda masih boleh bersenam tetapi haruslah mengikut langkah senaman yang bersesuaian. Menurut Majalah Rapi (Edisi 1 Jan 2013/Bil 203), banyak kebaikan yang boleh diperolehi apabila anda bersenam antaranya mengurangkan sakit belakang, meregangkan otot-otot tubuh serta dapat menenangkan minda selain membantu menambah stamina.
Senaman boleh mengurangkan tekanan dan membina stamina yang diperlukan untuk proses bersalin. Jika tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, wanita hamil boleh cuba untuk bersenam sekurang-kurangnya 30minit sehari atau tiga hingga empat kali seminggu. Wanita hamil yang bersenam secara teratur akan mempunyai otot, jantung dan sendi yang lebih kuat. Ia juga mengurangkan risiko kematian pra matang, serangan sakit jantung dan penyakit serius yang lain.
Namun dapatkan nasihat dari pihak doktor sebelum anda mencuba sebarang program senaman. Anda mungkin mengalami masalah perubatan yang boleh menghalang anda daripada bersenam seperti uri rendah dan sebagainya. Elakkan aktiviti atau senaman yang terlalu lasak.

Jenis-jenis Senaman Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Hamil:
- senaman regangan
- senaman peredaran darah
- senaman kaki
- senaman tangan
- senaman pernafasan
- senaman regangan belakang
- senaman leher
- senaman abdomen (perut)
- senaman pelvis (senaman mengangkat punggung)
- senaman otot-otot pelvis (otot-otot punggung)
Berjalan, berjoging, berenang dan kelas antenatal untuk ibu hamil serta berbasikal di atas basikal senaman adalah senaman yang baik dan selamat asalkan and atidak berlebihan melakukannya. Yoga dan Pilates juga ideal namun anda perlulah mendapatkan guru yang berdaftar dan berkelayakan serta berpengalaman mengajar wanita hamil.
Antara Faedah Bersenam Ketika Hamil:
- Meningkatkan pemulihan selepas bersalin. Wanita hamil yang tidak bersenam mungkin memerlukan masa sekitar dua bulan untuk pulih manakala wanita yang bersenam ketika hamil mungkin kurang daripada sebulan.
- Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa hamil.
- Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin.
- Mengurangkan risiko pembedahan Caesarean semasa proses melahirkan.
- Memudahkan proses melahirkan anak.
Matlamat bersenam ketika mengandung bukan untuk menguruskan badan tetapi adalah untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan secara menyeluruh. Adalah penting sentiasa kekal cergas ketika menjalankan aktiviti seharian. Disyorkan bersenam semasa tempoh hamil tetapi kurangkan bilangan senaman apabila kandungan semakin membesar.
credit goes to http://ibu-wawalawa.blogspot.com/2013/01/mengapa-wanita-hamil-perlu-bersenam.html
Sumber daripada: Majalah Rapi (Edisi Januari 2013/Bil 203)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete